Tuesday, October 13, 2009

SELAWAT KE ATAS NABI


Berkata Al-Barra‘ r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu
mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad.“
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi s.a.w. (oleh kerana itu)
wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi s.a.w dan ucapkanlah salam
dengan penuh penghormatan terhadapnya.”
(al-Ahzab 56)
Bersumberkan daripada At Taiyimi katanya,
”Apabila mereka berselawat ke atas Nabi s.a.w. maka para malaikat pun turut berselawat bersama mereka
sehinggalah mereka selesai berselawat.”
Ingatlah :
“Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan
Rasulullah s.a.w.”

No comments:

Post a Comment